Wednesday 24 October 2012

Kejayaan JSJ Brickfields KL


Kuala Lumpur, 23 Oktober 2012 - Berdasarkan kerjasama Persatuan penduduk kawasan perumahan berkenaan(Taman Desa Phase 1 Residents Association) mengenai kegiatan pecah rumah pihak Polis Kuala Lumpur khasnya Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields telah berjaya menangkap empat lelaki Amerika Latin warga negara Columbia yang dipercayai bergiat aktif dalam melakukan jenayah pecah rumah. Kumpulan ini dikenali dengan panggilan nama ’Geng Cristian’ terdiri dari empat orang ahli kumpulan yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap serta telah bergiat aktif dan agresif semenjak setahun yang lalu terutamanya di daerah Brickfields serta sekitar Lembah Klang. 

Tangkapan telah dibuat di sebuah premis di Jalan Desa Ria 2, Taman Desa Off Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur yang dijadikan tempat tinggal sejak enam bulan yang lalu dan juga dijadikan tempat menyimpan barang-barang hasil daripada kegiatan pecah rumah.Datuk Ku Chin Wah berkata, serbuan berkenaan dijalankan jam 12 tengah malam Jumaat lalu. Hasil rampasan dianggarkan bernilai RM 500,000.00 melibatkan peralatan berikut :-

i.         pelbagai jenis pistol tiruan = ( 4 ) pucuk;
ii.       pelbagai jenis laptop = ( 8 ) buah;
iii.      pelbagai jenis jam tangan = ( 29 ) buah;
iv.     pelbagai jenis handphone = (11) buah;
v.      pelbagai jenis mata wang = ( 28 ) jenis;
vi.     pelbagai jenis television = ( 3 ) buah;
vii.   decoder astro/cctv = ( 2 ) buah;
viii.  ipod = (2) buah;
ix.      pelbagai jenis kamera = ( 6 ) biji;
x.       sebuah kereta mpv jenis Toyota Estima;
xi.      sebuah kereta Toyota Camry.

Pihak Polis percaya dengan tertangkapnya kumpulan ini akan dapat menyelesaikan tidak kurang daripada ( 93 ) kes kejadian pecah rumah di sekitar Brickfields dan Lembah Klang. Pihak Polis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya kumpulan ini.


1 comment: